Mekanisme (biologi)

Dalam sains biologi, mekanisme ialah sebuah sistem dan proses secara interaksi kausal yang akan menghasilkan satu atau lebih kesan. [1] Para saintis menerangkan suatu fenomena dengan menerangkan mekanisme; cara atau kenapa sesuatu perkara boleh menghasilkan fenomena tersebut. Sebagai contoh, pemilihan semula jadi ialah sebuah mekanisme evolusi ; mekanisme evolusi yang lain termasuk hanyutan genetik, mutasi dan aliran gen. Dalam ekologi, mekanisme seperti pemangsaan dan interaksi perumah-parasit menghasilkan perubahan dalam sistem ekologi. Walaubagaimanapun, secara realitinya, tiada penerangan mekanisme yang akan menjadi lengkap kerana tidak semua butiran bahagian dan proses mekanisme dapat diketahui sepenuhnya. Sebagai contoh, pemilihan semula jadi ialah sebuah mekanisme evolusi yang melibatkan interaksi antara individu yang tidak terkira banyaknya dengan individu lain, komponen dan proses persekitaran di mana pemilihan semula jadi beroperasi.